Ahad, 27 Oktober 2013

Rimbunan Syurga

Bayu angin meniup sepi Aku bersendirian di katil ini Melihat jua apa yang pergi Apakah ini tanda kesedihan yang pasti? Aku melihat sedih apa yang di hadapan Tiada apa yang dapat aku selimuti Hati ini tiada lagi tawa dan sedih Hanya sepi datang Dimanakah ertinya ukhwah? Aku tetap memandang sepi Di situlah aku Di sinilah kamu Siapa lagi yang ingin menaut kas...

Khamis, 3 Oktober 2013

Menulis Harian

Perkara utama untuk menjadi seorang penulis hebat adalah dengan menulis setiap hari. Jadikan penulisan itu sebagai hembusan nafas hidup kita. Itulah yang aku dapat apabila membaca banyak buku teknik penulisan. Ramai penulis menyatakan bahawa untuk menjadi seorang penulis prolifik, perkara pertama yang patut difokuskan adalah latihan menulis. Ini sama seperti kita melihat seorang atlet berjaya menjadi atlet yang gah. Contohnya Usain Bolt. Beliau berlatih setiap hari untuk berlari selaju itu. Lalu, bagaimana pula dengan penulis? Mungkin ada yang...

Sabtu, 31 Ogos 2013

Kucing Jalanan

Di sudut itu lihatnya seorang lelaki. Memangku kakinya duduk seperti seorang ketakutan. Hidupnya sudah tidak seperti yang dia sangka. Cuaca musim sejuk menekam terus hingga ke keting tulangnya. Semua tulangnya bukan setakat tulang tulang. Dia terus memandang bawah. Tidak sanggup melihat kepala-kepala yang lalu-lalang di situ. Lagipun sesiapa yang lalu-lalang di situ seperti sudah biasa dengan suasana pengemis. Mereka anggap sahaja lelaki itu seperti pengemis lain. Hanya mengemis mahukan wang. Nun jauh di sudut cerita, mereka tidak tahu bahawa...

Rabu, 28 Ogos 2013

Serangan machine gun

Aku diam sahaja. Aku tahu jika aku membuka mulut di saat ini pasti Fatimah akan membalas dengan pelbagai leteran lagi. Aku terus terang tak suka mendengarnya. Aku sebagai ketua patut tahu apa aku buat. Aku buat semua ini bukan sahaja sahaja. Aku buat kerana ada sebab. Masakan tidak. Tulisan yang mereka hantar tidak sedap langsung untuk dibaca. Langsung tidak melambangkan apa-apa. "Tetapi tugas kamu hanya membetulkan mana yang patut!" terus dia berleter. Aku hanya mengangguk diam. Tetap tidak mahu berkata apa. Tugas editor ini bukan mudah. Itulah...

Jumaat, 23 Ogos 2013

Persimpangan Persahabatan

Aku membelek beberapa helaian kertas di meja. Masih tidak dapat memikirkan hal-hal yang telah berlaku. Sinbad sudah lama jauh pergi meninggalkan aku. Dia walaupun begitu tidak bersemangat, namun setiap apa yang dia tulis pasti mendapat sambutan hangat rakyat Odesi. Aku diam memikirkan bagaimana harus aku mengejarnya. Sungguh cepat dia berlari. Aku hanya berjalan kaki, dia pula menaiki kereta kuda. Aku memegang batang pena bulu ayam ini. Berfikir sekeras mungkin bagaimana harus aku menulis. Apakah harus aku tulis? Dan paling penting sekali mengapa...

Sabtu, 17 Ogos 2013

Diktator

"Apa aku kisah." Aku bangun dan menuju ke tingkap. "Amin, kau tak boleh begitu. Hati lelaki dan hati perempuan berbeza," kata Razali. Dia turut membontoti aku. "Aku telah dipilih menjadi ketua, jadi perlulah ikut cara aku." "Tetapi cara kau itu keras. Kau hanya tahu memerintah sahaja. Anak buah kau tertekan." "Mana kau tahu? OK sahaja aku lihat." Razali hanya menggelengkan kepala. Peristiwa ini baru sahaja berlaku. Semalam aku berperang besar dengan Syafinaz mengenai tugasan kerja yang kami dapat. Sebagai ketua kumpulan, aku tidak suka jika...

Khamis, 1 Ogos 2013

Bidadari Burung

Aku kini faham mengapa perlu membaca karya berkualiti agar penulis dapat menulis juga karya berkualiti. Aku ini masih lagi dikategori sebagai penulis baharu. Apa-apa artikel atau cerpen aku masih tidak terbit pun di mana-mana penerbitan. Setakat ini hanya terbit di blog yang entah apa ini. Heh. Apabila menulis cerpen, aku lebih suka menulis bagai aku menyampaikan informasi. Apabila aku telusuri semula cerpen yang telah aku tulis sebelum ini,...

Rabu, 31 Julai 2013

Istana Planet

Asri terus melompat tebing yang jauh itu. Sungguh jauh dia melompat. Beberapa gemini yang mengejarnya terhenti. Hampir sahaja mereka ingin terjatuh ke dalam gaung yang luas itu. Huh, nasib baik, getus Asri. Dia termengah-mengah menahan nafas setelah penat berlari. Lompatannya berjaya. Gemini di seberang mula mendengus. Mengamuk kerana tidak dapat menangkapnya. Cepat cepat Asri meneruskan perjalanannya. Dia perlu menghantar geliga ular ini kepada Puteri Bulan. Misi perlu diteruskan. Sebagai salah seorang daripada 7 satira Istana Planet, dia...

Selasa, 30 Julai 2013

Rahsia Ibu

Aku memegang satu rahsia yang ibu menyuruh aku simpan. Sebenarnya aku tidak pasti sama ada ingin aku ceritakan di sini atau tidak. Sungguh menyimpan rahsia bukan gaya aku! Aku ini dikategorikan sebagai mulut tempayan oleh rakan aku yang biasa mengenali aku. Tidaklah aku sangka ibu menyuruh aku menyimpan rahsia ini. Aku rasa bersalah. Kotak yang telah dibeli dengan harga ribuan ringgit itu tersimpan rapi di dalam bilik stor. "Jangan kau buka cerita kepada ayah. Ibu mahu kamu simpan rahsia ini," kata ibu kepada aku. Aku terdiam. Aku sendiri...

Di sebalik fantasi

Fantasi cerita memang susah dicipta. Bukanlah aku orangnya untuk bercerita tentang ini. Kisah ini telah lama aku lupakan sejak aku mengalaminya lagi. Tidak ingin aku menggugah rasa dengan mencari harapan lagi. Peristiwa ini berlaku nun dahulu lamanya. Ketika itu aku masih lagi berfantasi dengan cerita sang kancil, sang buaya, sang gajah dan Mat Jenin. Kata ibu Mat Jenin ini bagus orangnya. Diteliti harus angan-angannya untuk menjadi kaya. Bukanlah dia tidak berjaya kerana terjatuh dari atas pokok kelapa. Hanya itu sahaja ramai mengata dia itu...

Buku ini saya sudah lama beli. Pada hari ini baru berkesempatan membacanya. Pada saya buku ini sesuai dengan temanya iaitu motivasi penulisan. Saya lihat Marsli N.O berjaya membuatkan saya tak lesu membacanya. Walaupun begitu, isinya perlu diteliti betul bagi mengenal pasti input-input yang berguna. Saya gunakan highlighter bagi menandakan isi-isi yang disampaikan. Pengarang menggunakan teknik naratif dalam menyampaikan maklumat yang ada. Buku ini fokus kepada dua genre penulisan utama iaitu cerpen dan puisi. Bagi saya yang telah membacanya,...

Ahad, 28 Julai 2013

Bahasa Jiwang Bangsa

Bahasa. Ia membentuk kata. Ia membentuk komunikasi. Terlalu banyak bahasa, terlalu banyak manusia. Adakah bahasa mampu menyatukan bangsa? Selalu aku tertanya tentang ini. Sebagai pelajar jurusan sastera bukanlah minat aku kepada bahasa. Aku hanya seorang pelampir bahasa. Tersekat dengan impian yang tak terkata. Mungkin aku sesuai menjadi petapa. Melihat nestapa yang melata. Oh sungguh rumit hidup ini. Lai Chin memandang aku. Kami duduk berdua di hadapan fakulti di meja batu. Dua tiga kereta berlalu. Angin menderu. Aku terkedu. "Saya memang...

Jumaat, 26 Julai 2013

Bertindak Sebagai Penulisan

...

Mengejar Impian

Setiap orang mempunyai impian. Impian menjadi orang kaya. Impian menjadi orang besar. Oh pelbagai impian ada. Bilakah pula kita berimpian? Apabila kita diberikan ilmu pengetahuan. Seingat aku itulah yang terjadi buat aku. Di awal pendidikan aku hanya berimpian menjadi seorang pemandu teksi. Cikgu Habibah hanya tersenyum tatkala aku menceritakan impian aku itu. Apabila balik dari sekolah aku bertanya kepada ibu. Ibu hanya tergelak sahaja. Aku bertanya kepada ayah. Ayah hanya tersenyum sahaja. Terus, aku mencari lagi impian. Apakah itu impian? Meningkat...

Khamis, 25 Julai 2013

Cincin sakti vs Tongkat sakti

Di sebuah kampung terdapat seorang lelaki tua berkuasa sakti. Dia mendapat kuasa itu selepas dia menjumpai sebuah cincin sakti nun di bawah dasar sungai ketika dia sedang memancing. Orang kampung menyisihkannya, lalu dia tinggal nun jauh di hujung kampung. Jauhnya terlalu sukar dibayangkan kerana kampung itu sangatlah besar tetapi tidak mencapai taraf negara. Kampung Daun namanya. Seakan klishe nama Kampung Naruto, tetapi itulah hakikatnya pemegang kepada cincin sakti itu. Dengan kuasa yang ada, si tua itu mampu menyeru makhluk di alam ghaib....

Rabu, 24 Julai 2013

Lif rosak

Azlina berlari-lari anak menuju ke lif aras bawah apartmentnya. Dia telah terlewat pergi ke kerja. Maria yang berumur 10 bulan dikendungnya. Dia perlu menghantar Maria ke rumah penjaganya di tingkat 4. Ting. Pintu lif terbuka. Dia masuk. Butang 4 ditekan. Sedang lif naik, tiba-tiba ia berhenti. Lampu tertutup. Suasana menjadi gelap. Azlina panik. Maria mula menangis. Adakah lif rosak? Azlina dengan sifat keibuannya mengetuk pintu lif memohon...

Selasa, 23 Julai 2013

Aisyah

Kakiku melangkah masuk ke ruang legar perpustakaan. Sudah masanya aku bergiat aktif dalam dunia penulisan. Selama ini aku hanya menjadi penulis yang bermain-main. Aku ibarat abid. Yang pandai menyimpan penulisan hanya untuk diri aku sendiri. Tidak pula ingin menyebarkannya kepada orang lain. Suasana sunyi sepi menyambut aku di sini. Terasa angin penghawa dingin meniup pada kulit lenganku. Aku terlupa untuk membawa jaket sejuk aku. Bisikan hati...

Isnin, 22 Julai 2013

Lelaki Tua Kampungan

Seorang lelaki tua turun dari bas buruk di sebuah stesen bas di sebuah kampung. Dia membibit sepasang beg. Perlahan-lahan dia memandang sekelilingnya. Bas berlalu meninggalkannya keseorang di situ. Dia melambai-lambai ke arah bas tanda terima kasih kerana sanggup berhenti di situ. Di perhentian bas ini hanyalah ada sebuah bangku kayu. Muat untuk 4 orang bersaiz kurus sepertinya duduk bersama. Tiada atap. Hanya sebuah kerusi. Ia diteduhi hanya...

Ahad, 21 Julai 2013

Cikgu Penyayang

"Cikgu! Cikgu!" Kedengaran dari jauh memanggil aku. Aku diam sebentar mencari di mana datang arah suara itu. Seorang budak lelaki kepenatan di hadapan aku. Rupanya Ahmad memanggil aku. "Cikgu lupa ambil hadiah saya." Terikat kemas sebungkus kertas surat khabar di tangannya. "Apa ini?" soal aku dingin. Aku ingin lekas pulang ke rumah. Lagipun waktu sekolah telah selesai. Bukan masa untuk aku melayan kerenah murid di sini. "Hanya hadiah sempena...

Sabtu, 20 Julai 2013

Restoran

Zuraida merenung kosong ke hadapan. Apalah nasib yang menimpa dirinya ini? Dia sudah berusaha kuat menjaga restorannya ini. Hanya 2 bulan dia sakit, semuanya hampir runtuh. Pekerja lari. Pengurus mencuri duit. Pelanggan merungut. Malapetaka apakah yang menimpanya ini? Seorang lelaki keluar dari dapur restoran. Zuraidah masih merenung kosong. "Abang, bukankah kita sudah melakukan solat sunat Istikhorah?" Sufian diam. Dia mengambil kerusi duduk...

Khamis, 18 Julai 2013

Montel

Montel memandang aku dengan muka comelnya itu. Aku hanya tersenyum sambil berlalu ke kabinet makanan. "Aku tahu Montel nak makan kan? Kejap yea Ayie ambilkan makanan," kata aku kepadanya. "Meow, meow," jawab Montel seperti mengiyakan apa yang aku katakan. Alamak, nampaknya kotak Frieskies sudah habis. Bagaimana ni? Fikir aku. Aku lihat Montel. Ia tersenyum riang melihat aku mengeluarkan kotak berwarna unggu yang mempunyai gambar saudaranya. Tak...

Panduan menulis: Terus dan terus menulis

Kali ini saya ingin berkongsi panduan menulis. Buat penulis baharu, jangan terlalu terikut dengan panduan menulis. Apa yang saya belajar sepanjang menjadi penulis blog, jangan terlalu takut dengan pelbagai isu penulisan. Apa yang boleh saya nasihatkan - tulis dan terus menulis. Tatabahasa? Itu isu kedua. Apa yang penting idea kita melekat terus di mana-mana bentuk fizikal. Ini tidak kira sama ada di atas kertas mahupun laptop. Tiada idea? Boleh...

Rabu, 17 Julai 2013

Trafik light dan Awan

Langit mula tampak mendung tanda hujan akan turun lagi. Aku perlu cepat jika tidak kerja aku tidak akan habis. Sudah lama aku menangguhkan kerja aku. Jika aku tidak siapkan hari ini juga bilakah lagi akan siap? Kerja aku menimbun dan aku perlu siapkan mana yang terdahulu. Aku perlu hantar 2 surat dalam tangan aku  ini. Aku berdoa dalam hati agar hujan turun nanti. Biarlah aku sampai dahulu ke destinasi. Aku turn ke tempat parkir motorsikal...

Selasa, 16 Julai 2013

Kisah sehelai kertas A4

Aku adalah sebuah kertas yang ringkas. Aku bersaiz A4. Semua orang tahu akan saiz A4 itu berapa iaitu 210 × 297 mm. Ringkas aku disertakan dengan warna putih yang suci. Aku tiba di satu rumah orang yang digelar pelajar. Bertuah rasanya diri aku ini. Aku dapat menyumbang bakti kepada seorang pelajar yang rajin menuntut ilmu. Aku sentiasa berdoa agar pelajar itu memilih aku untuk menulis notanya nanti. Hari demi hari berlalu. Sehelai demi sehelai...

Isnin, 15 Julai 2013

Penumbuk Angin

Aduh! Aku banyak habiskan masa aku termenung pada skrin laptop. Membaca perkara yang aku sendiri tahu ia tidak mendatangkan faedah. Habis masa aku terluang hanya menggelek berita-berita terbaru di hadapan muka buku ini. Ya muka buku atau lebih mesra Facebook. Aku bajet nak lihat sekitar 10 minit sahaja. Cuma, sekarang dah satu jam. Dush! Satu jurus tumbukan terasa sepoi di muka aku. Angin masuk melalui tingkap di tepi meja aku ini. Ia seperti...

Ahad, 14 Julai 2013

Bunian pari berblog

Di satu kampung bunian Pari, terdapat seorang bunian Pari bernama Melati. Dia tinggal di bawah pohon Jati, yang akarnya kuat mencengkam tanah, tanda ia sudah lama hidup di situ. Orang kampung gelarnya Bu Melati  sahaja. Hebatnya Melati kerana dia menjadi penjaga kepada perpustakaan terbesar di kampung Bunga. Dia suka jika kanak-kanak kampung Bunga datang membaca di perpustakaan jagaannya itu. Rupanya yang peramah memang disukai oleh mereka. Di...

Sabtu, 13 Julai 2013

Merah dan Biru

Angin bertiup lalu. Rambutnya yang panjang itu terbang mengerbang. Dia sayu melihat wajahnya di permukaan lopak. Di taman itu dia keseorangan. Melihat senja kian berlabuh. Dia keseorangan. Telah pelbagai cara dia lakukan bagi menghilangkan rasa bersalah ini. Namun, luka yang berdarah pasti meninggalkan parut. "Maafkan aku Misah. Aku tak tahu," bisiknya keseorangan. Dia memandang ke langit. Ingin pula dia memohon petunjuk Tuhan. Selama ini hanyalah...

Jumaat, 12 Julai 2013

Herba Rahsia

kredit: Majalah Sains Angin bertiup sepoi sepoi bahasa. Terdapat sepohon Ara di hujung padang. Keluar seorang perempuan tua memegang tongkat di sebalik pohon itu. Turun dia ke bawah celahan semak samun. Di tangan kirinya tersemat sebuah bakul berisi daun-daun herba. Dia sampai di sebuah rumah kayu. Bau tengit buah pala disambutnya dengan senyuman. "Sudah masak herbaku," bisiknya keseorangan. Zuhal duduk terlentang di balik bilik itu. Dia sudah...

Khamis, 11 Julai 2013

Herba segala demam

Aku memandang lesu gelas di tangan. Terasa sakit sakit badan ini masih ada. Virus yang menyerang hebat menghambat kesihatan aku ini. Jelas aku masih lagi di peringkat yang lemah. Tidak terdaya melawan virus yang menyerang. Demam. Ia menyerang semua manusia di dunia ini. Ada demam yang boleh menyebabkan pesakitnya meninggal dunia. Aku risau jika aku berada di tahap itu. Badan aku letih menahan selesema yang kian pekat. Hingus yang keluar bukan...

Rabu, 10 Julai 2013

Di sebalik kerudung putih

Seperti biasa Mak Piah bangun awal Subuh untuk menunaikan solat Subuh di rumahnya. Seminggu lagi Ramadhan akan tiba. Dia sudah tidak sabar untuk berjemaah bersama di Surau AN-Nur, 100 meter dari rumahnya. Mak Jah, jiran sebelahnya pun juga tidak sabar. Segala persiapan telah dilakukan. Manakala Pak Kiran, suaminya selalu pergi bersama orang lain. Jadi yang wanita akan pergi bersama mereka sendiri. Kini telah berlalu 20 hari Ramadhan. "Kami...

Selasa, 9 Julai 2013

Mengejar Bola yang Satu

Berlarian anak kecil. Mengejar bola yang satu. Tujuh orang kesemuanya di hadapan surau. Asyik bermain selepas jemaah surau pulang dari menunaikan solat Asar. Ajib bangun setelah jatuh menepis bola dari memasuki tiang gol yang hanya diletakkan capalnya. Dia yang memulakan aktiviti bersukan di sini. Teringin sangat dia bermain bola di petang hari. Di kawasan kuarters ini tidak ada ruang luas untuk mereka bermain bola. Kalau di sekolah, mereka ada...

Isnin, 8 Julai 2013

Amarah Malu

Dia melihat keadaan seklilingnya. Lengang. Semua pelajar sudah pulang. Tinggal hanya dia seorang di bilik darjah ini. Arif lebih selesa membuat kerja seorang diri. Dia tak suka membuat kerja berkumpulan. Selalu sahaja ada yang tidak kena dia dengan orang lain. Selalu sahaja mereka berdebat. Arif tidak suka akan hal itu. Jadi lebih elok dia mengulangkaji pelajaran seorang diri. Dia rasa tenang dengan begitu. Cikgu Sarah melepasi kelas 5 Kreatif....

Nasihat

"Kau ni bodohla Arif," kata Hafiz. Dia bangun duduk di kerusi pula. "Apa yang kau buat ini tidak berbaloi. Kau bersusah payah semata-mata untuk duit seciput itu. Ada lebih baik kau pandang lebih jauh." Arif terkesima mendengar tempelekan kawannya itu. Dia baru sahaja bercerita tentang projek sarjananya. Impiannya untuk mengarkibkan cerita rakyat Melayu. Sudah lama dia mencari cerita rakyat. Setiap negeri di Malaysia ini ada kisah rakyatnya. Dari...