Khamis, 18 Julai 2013

Panduan menulis: Terus dan terus menulis

Kali ini saya ingin berkongsi panduan menulis.

Buat penulis baharu, jangan terlalu terikut dengan panduan menulis. Apa yang saya belajar sepanjang menjadi penulis blog, jangan terlalu takut dengan pelbagai isu penulisan.

Apa yang boleh saya nasihatkan - tulis dan terus menulis.

Tatabahasa? Itu isu kedua. Apa yang penting idea kita melekat terus di mana-mana bentuk fizikal. Ini tidak kira sama ada di atas kertas mahupun laptop.

Tiada idea? Boleh mulakan dengan, "Hari ini saya tiada idea menulis. Mungkin kerana ..." (sila sambung)...

Nah, bukankah itu anda sudah mula menulis?

Pada mulanya saya sendiri tidak percaya bahawa menulis dan terus menulis itu satu tips yang bagus. Saya fikir apa guna menulis jika kita hanya tahu merapu sahaja, bukan?

Tetapi tiada gunanya saya berteori sahaja. Saya lihat ramai penulis mengatakan tips tersebut begitu menjadi. Ahhh. Amat rugi jika saya tidak mencubanya. Sekurang-kurangnya saya boleh kata nanti, "cara itu tidak sesuai dengan aku."

Setelah mempraktikkan panduan tersebut, saya rasa ada perubahan dalam penulisan dan pemikiran saya ini.

Jelas, semakin banyak saya menulis, semakin senang idea saya mengalir keluar dalam bentuk fizikal.

Nah, itu satu bukti jelas yang boleh saya kongsikan bersama untuk hari ini.

Jadi. apa tunggu lagi? Terus menulis. Praktikkan sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari. Saya ulang kembali setiap hari. Tidak kira badan letih, penat, lesu, demam, sakit. Terus menulis.

0 comments:

Catat Ulasan