Rabu, 10 Julai 2013

Di sebalik kerudung putih

Seperti biasa Mak Piah bangun awal Subuh untuk menunaikan solat Subuh di rumahnya. Seminggu lagi Ramadhan akan tiba. Dia sudah tidak sabar untuk berjemaah bersama di Surau AN-Nur, 100 meter dari rumahnya.

Mak Jah, jiran sebelahnya pun juga tidak sabar. Segala persiapan telah dilakukan. Manakala Pak Kiran, suaminya selalu pergi bersama orang lain.

Jadi yang wanita akan pergi bersama mereka sendiri.

Kini telah berlalu 20 hari Ramadhan.

"Kami pergi dulu ya Piah," kata Mak Jah setelah menunggu hampir sepuluh minit.

"Ya ya. Aku masih mencari telekung aku nih."

Rupanya ia terletak ceruk di tepi sofa. Mak Piah tidak perasan ia terjatuh di situ ketika dia pulang bertarawih semalam.

Terus gegas dia memakai telekung itu dan bergerak pergi ke surau. Kedengaran bilal sudah mula melaungkan iqamat.

Di jalan yang sunyi itu berlalu sebuah lori kecil dipandu oleh Gopal. Dia kepenatan setelah seharian memandu ke hulu ke hilir membawa ayam.

Sudah masanya untuk berehat di rumah. Dia memandu sambil mengantuk.

Kemudian dia terkejut. Ada lembaga putih di hadapan lorinya. Hujung di tepi jalan. 1001 macam perasaan menyelinap masuk ke dalam dirinya. Dia takut. Segala cerita hantu yang didengarinya menerjah terus ke pemikiran kecilnya itu.

Dia panik. Dia tidak tahu perlu berbuat apa. Dalam keadaan menggelabah terus dia melompat keluar dari lorinya itu.

Lori itu yang berdekatan terus menghampiri lembaga putih itu.

Rupanya Mak Piah yang sedang bergegas pergi ke Surau. Terus lori itu melanggar Mak Piah. Sekujur tubuh terjelopok di tepi jalan.

"Allahuakbar!" jeritan kedengaran. Jemaah di surau baru sahaja selesai solat Subuh.

Mereka terus bergegas pergi ke kawasan kejadian.

0 comments:

Catat Ulasan