Rabu, 31 Julai 2013

Istana Planet

Asri terus melompat tebing yang jauh itu. Sungguh jauh dia melompat. Beberapa gemini yang mengejarnya terhenti. Hampir sahaja mereka ingin terjatuh ke dalam gaung yang luas itu.

Huh, nasib baik, getus Asri. Dia termengah-mengah menahan nafas setelah penat berlari. Lompatannya berjaya.

Gemini di seberang mula mendengus. Mengamuk kerana tidak dapat menangkapnya.

Cepat cepat Asri meneruskan perjalanannya. Dia perlu menghantar geliga ular ini kepada Puteri Bulan. Misi perlu diteruskan.

Sebagai salah seorang daripada 7 satira Istana Planet, dia dikurniakan kuasa lompatan tinggi. Namun dia tidak begitu pasti apakah fungsi kuasanya itu sehinggalah hal kejap tadi berlaku.

Ada 7 batu zemni lagi perlu Asri tempuh. Perjalanannya bukan mudah. Dia terpaksa menghabiskan 3 purnama hanya untuk sampai ke gua ular.

Di situ dia terpaksa pula bertarung dengan pelbagai jenis makhluk yang menjaga gua itu. Dewa Ular pula adalah ketua kepada semua mahkluk di situ.

Ini menjadi tugasan pertama dia sejak bergelar Satira ke-7.

Satira adalah gelaran di dunia Fantasia bagi golongan pengawal yang menjaga Istana Planet. Terdapat 7 keluarga yang dilantik menjadi pengawal istana.

Asri pula berasal dari keluarga ke-7. Setiap keluarga mempunyai kuasa yang unik. Dari 1 hinggalah ke-7.

Asri selalu mengeluh kekuatan keluarganya hanya terletak pada loncatan. Walhal keluarga 1 lebih hebat. Boleh memancarkan cahaya lazer terus dari mata.

Keluarga 2 pula mampu mengeluarkan tenaga haba dari tangan.

Keluarga 3 pula mampu terbang hingga ke langit.

Keluarga 4 pula mempunyai deria mengesan deria makhluk di sekeliling.

Keluarga 5 pula mampu menghilangkan diri.

Keluarga 6 pula mampu menempa senjata dari berlian.

Dan dia, dari keluarga 7. Keluarga yang mempunyai fleksibiliti otot.

Ayah selalu berpesan kepadanya untuk melihat lebih jauh. Melihat menggunakan mata hati.

Bagi dia itu terlalu jauh. Umurnya masih belasan tahun. Mestilah dia inginkan kuasa yang hebat. Lihat lah kawan-kawannya dari keluarga lain. Semuanya hebat-hebat belaka. Mereka terpilih menjadi satira berperang melawan raksasa.

Entah mengapa menjadi takdirnya pula terserempak dengan seorang gadis di hadapan taman Istana Planet.

Comel gadis itu. "Siapakah gerangan nama, saudari?"

Gadis itu tersenyum sipu. Asri tidak pernah selama ini melihat gadis secantik itu. Hatinya berdebar.

"Panggil sahaja aku Bulan."

"Aku Asri. Selamat berkenalan."

Bermulalah kisah pertemuan mereka di taman itu di setiap hujung minggu. Masih menjadi misteri buat Asri bagaimana gadis secantik itu berada di situ.

Apabila tiba hari jadinya yang ke-18 dia dipanggil menghadap raja. Nampaknya sudah masa setiap ahli keluarga satira akan dipanggil menghadap apabila mereka berumur 18 tahun.

Itu tandanya mereka sudah matang untuk berjuang mempertahankan Istana Planet.

Sedang Asri berbaris bersama sepupunya, dia terkejut.

Bulan, gadis yang dia jumpa beberapa minggu lalu duduk sebelah raja.

"Wah, sungguh cantik Puteri Bulan." Asri terdengar bisikan di belakangnya.

Terus muka Asri bertambah merah padam. Rupanya dia berkawan dengan seorang puteri!

Beberapa minggu kemudian Asri mendapat tugasan pertamanya. Dia ditugaskan mengambil geliga Ular di gua Dewa Ular.

0 comments:

Catat Ulasan