Khamis, 25 Julai 2013

Cincin sakti vs Tongkat sakti

Di sebuah kampung terdapat seorang lelaki tua berkuasa sakti. Dia mendapat kuasa itu selepas dia menjumpai sebuah cincin sakti nun di bawah dasar sungai ketika dia sedang memancing.

Orang kampung menyisihkannya, lalu dia tinggal nun jauh di hujung kampung. Jauhnya terlalu sukar dibayangkan kerana kampung itu sangatlah besar tetapi tidak mencapai taraf negara. Kampung Daun namanya.

Seakan klishe nama Kampung Naruto, tetapi itulah hakikatnya pemegang kepada cincin sakti itu. Dengan kuasa yang ada, si tua itu mampu menyeru makhluk di alam ghaib. Kesemua ada 12 jenis. Makhluk itu pula tergolong dalam kumpulan Zodiak kepercayaan mitos Kampung Cina.

Kuda, ayam, naga, babi, monyet, tikus, ular, lembu, arnab, dan lain-lain dibuat seruan.

Seruan haiwan-haiwan tersebut amat menggerunkan. Mereka diseru dan merasuk masuk jiwa si tua itu. Kemudian dia akan berubah menjadi manusia hibrid, campuran haiwan dan manusia. Kuasanya tiada tandingan. Selalu sahaja dia membuat kacau di kampungnya sendiri.

Seperti kisah si penjahat Superman, duit menjadi kejaran masa itu. Tapi peliknya kenapa dikejar duit? Di mana akan dia belanjakan nanti? Ahhh. Itu tidak penting untuk difikirkan. Bukankah ini hanya cerita dongeng?

Untuk itu, cincin itu juga ada lawannya. Tongkat sakti.

Tongkat sakti ini pula dimiliki oleh seorang nenek tua nun di hujung kampung, bertentangan arah dengan si atuk itu.

Tongkat sakti itu diperolehi ketika nenek itu mencari herba bernama Tongkat Ali. Entah kenapa ketika dia menarik tongkat itu, ia bertukar nama ke sakti dan bukannya nama Ali. Terus, ia menjadilah tongkat sakti.

Kuasanya juga menyeru haiwan purbakala. Diketahui di Kampung Daun ini haiwan purba si kancil sudah lenyap kerana diburu kepandaiannya. Masyarakat suka memakan daging sang kancil. Sedap dan melazatkan minda.

Akhirnya sang kancil pupus. Tinggallah hanya sebagai tunggangan kini. Untuk itu sebuah kereta terbitan Perodua dinamakan sempena haiwan bijak ini.

Nenek ini mendapat panduan lengkap licik oleh haiwan seruannya itu iaitu sang kancil.

Habis buaya di sungai ditipu nenek. Dapatlah nenek memakan udang galah yang sudah dia idamkan sejak dia dara lagi. Sungguh tak sangka kebijakan sang kancil akhirnya sampai ke pengetahuan Atuk Cincin Sakti.

Dia tamak inginkan juga seruan itu.

Berita ini sampai ke pengetahuan nenek tongkat sakti. Lalu dia menyeru sang kancil untuk rujukan.

"Ini kacang sahaja, nek. Upin Ipin pun tahu caranya," kata kancil sambil membuat tarian pelik.

Pufff. Muncul 2 lembaga botak kecil. "Toyol!" jerit nenek.

"Eh!? Kami ini budak kecil dari siaran Les Kopek la nek." Kata si botak itu.

"Betul, betul," sahut si botak berambut sehelai pula.

Nenek masih terbungkam matanya.

"Nek ni memang ketinggalan zaman. Sudah, mari buat kerja kita," kata sang kancil kepada Upin dan Ipin.

Dipendekkan cerita, si nenek dan si atuk tua berkahwin. Mereka hidup bahagia sehingga ke akhir hayat.

0 comments:

Catat Ulasan