Aku memegang satu rahsia yang ibu menyuruh aku simpan. Sebenarnya aku tidak pasti sama ada ingin aku ceritakan di sini atau tidak.
Sungguh menyimpan rahsia bukan gaya aku! Aku ini dikategorikan sebagai mulut tempayan oleh rakan aku yang biasa mengenali aku.
Tidaklah aku sangka ibu menyuruh aku menyimpan rahsia ini.
Aku rasa bersalah. Kotak yang telah dibeli dengan harga ribuan ringgit itu tersimpan rapi di dalam bilik stor.
"Jangan kau buka cerita kepada ayah. Ibu mahu kamu simpan rahsia ini," kata ibu kepada aku.
Aku terdiam. Aku sendiri yang membawa ibu ke menara penipuan ini.
Seorang budak Melayu datang ke rumah kami berbicara tentang peraduan gores dan menang. Ibu malas melayan. Aku juga malas melayan.
Tetapi ibu baik orangnya. Digores juga kertas itu. Budak Melayu itu menjerit girang. Ibu menang!
Aku rasa itu satu penipuan. Tetapi aku ada keraguan. Tidak pasti dimanakah kebenaran.
Di menara penipuan itu aku lihat ramai berpakaian segak. Terdiri daripada orang-orang berbangsa Tiong Hua. Bijak mereka memujuk ibu membeli penapis air berharga ribuan ringgit. Mesin ATM sebelah sahaja.
Mereka menerima tunai.
Aku seperti menjadi pak turut. Tidak melawan, tidak membantah. Aku keliru.
Malam itu ayah balik. Ibu melayan ayah seperti biasa.
Mereka duduk berdua di meja makan bersembang tentang hal-hal harian. Aku duduk di ruang tamu menonton televisyen.
"Aku rasa lebih baik kau beritahu hal sebenar. Rahsia ini tidak boleh disimpan," nasihat Amin kepada aku.
Aku rasa bersalah. Ibu menyuruh aku menyimpan rahsia ini.
Aku pergi ke dapur mengambil minuman.
Ibu memandang aku.
Aku terus duduk di meja makan. Ayah masih dengan hisapan rokoknya. Aku menarik nafas dalam walaupun aku cuba tidak berbuat begitu dengan hembusan asap kotor oleh ayah. Mulut aku membuka langkah.
--
Setelah beberapa bulan berlalu akhirnya menara penipuan jatuh. Terbuka segala rahsia mereka menipu orang. Si budak Melayu itu menjadi tunggangan mereka entah sudah lari di mana dia.
Ibu seakan berterima kasih kepada aku kerana sanggup membuka rahsia.
Aku tahu aku menanggung risiko menderhakai ibu tetapi aku juga tak sanggup memori pahit ini menghantui kami berdua.
Ayah bijak orangnya. Dia mempunyai banyak kenalan. Entah mengapa pada hari itu moodnya baik sahaja. Tidak marah-marah seperti biasa. Langsung, kami membuat tindakan dengan membuat laporan polis dan meminta nasihat persatuan pengguna.
Rupanya ilmu itu berkuasa apabila kita tahu menggunakannya. Banyak lagi aku perlu belajar dari kisah ini.
Selasa, 30 Julai 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Blog Archive
-
▼
2013
(33)
-
▼
Julai
(26)
- Istana Planet
- Rahsia Ibu
- Di sebalik fantasi
- Jom Menulis - Sebuah Motivasi Penulisan Kreatif
- Bahasa Jiwang Bangsa
- Bertindak Sebagai Penulisan
- Mengejar Impian
- Cincin sakti vs Tongkat sakti
- Lif rosak
- Aisyah
- Lelaki Tua Kampungan
- Cikgu Penyayang
- Restoran
- Montel
- Panduan menulis: Terus dan terus menulis
- Trafik light dan Awan
- Kisah sehelai kertas A4
- Penumbuk Angin
- Bunian pari berblog
- Merah dan Biru
- Herba Rahsia
- Herba segala demam
- Di sebalik kerudung putih
- Mengejar Bola yang Satu
- Amarah Malu
- Nasihat
-
▼
Julai
(26)
0 comments:
Catat Ulasan