Jumaat, 26 Julai 2013

Mengejar Impian

Setiap orang mempunyai impian. Impian menjadi orang kaya. Impian menjadi orang besar. Oh pelbagai impian ada.

Bilakah pula kita berimpian? Apabila kita diberikan ilmu pengetahuan. Seingat aku itulah yang terjadi buat aku.

Di awal pendidikan aku hanya berimpian menjadi seorang pemandu teksi. Cikgu Habibah hanya tersenyum tatkala aku menceritakan impian aku itu.

Apabila balik dari sekolah aku bertanya kepada ibu. Ibu hanya tergelak sahaja. Aku bertanya kepada ayah. Ayah hanya tersenyum sahaja.

Terus, aku mencari lagi impian. Apakah itu impian?

Meningkat dewasa aku terfikir pula impian aku menjadi seorang juru terbang. Aku dapat membawa keluarga aku jauh nun hingga ke Eropah. Hebat fikir aku.

Apabila aku meningkat dewasa lagi, impian itu aku kuburkan. Cermin mata menjadi peneman aku menjauhkan jarak aku daripada menggapai langit. Aku kecewa.

Aku pergi ke hospital. Aku lihat sungguh gah orang yang memakai kot putih dengan teleskop terganung di leher. Sungguh macho. Aku berimpian pula menjadi seorang doktor.

Aku fikir nanti mudah lah jika aku ingin merawat keluargaku. Tak perlu lagi bersusah payah beratur seharian di hospital pelbagai bau ini.

Terus, aku belajar kerana impian aku itu bukan datang sebegitu sahaja. Aku sendiri tidak mahu ia datang begitu sahaja.

Aku tak mahu hanya menjadi doktor pengecap kertas. Atas nama sahaja doktor tetapi ilmu kedoktoran hanya tahap bomoh. Hanya tahu berkata tetapi isinya misteri.

Ah. Aku berjumpa doktor malas di tempat aku belajar. Sungguh. Aku tak menipu. Mereka seperti merawat mayat hidup. "Sakit apa?" dan itu sahajalah yang mereka tanyakan.

Bukankah patut mereka cuba melihat lebih mendalam apa yang aku sakiti?

Demam? Nah ini ubatnya.

Aku kecewa. Begitu mudah doktor di sini melepaskan tanggungjawab mereka. Adakah sebenarnya doktor di kerajaan begini kerjanya? Mudah sekali kerjanya.

Aku tidak ingin lagi menjadi doktor. Terlalu mudah. Terlalu sukar jalannya namun kerjanya hanya bertanya sakit dan memberi ubat. Ahhh.

Aku terus mencari jiwa impian aku ini.

Langit selalu aku lihat. Mendung hari ini. Jerebu masih lagi menghantui Malaysia. Singapura bertelagah dengan Indonesia.

Apakah gunanya berimpian jika langit masih lagi diliputi jerebu.

Aku batuk keseorangan. Aku mencari erti impian.

Aku ingin mengejar impian.

Dan pasti, suatu hari nanti, dan aku pasti, impian itu akan ku capai jua.

0 comments:

Catat Ulasan