Selasa, 30 Julai 2013

Buku ini saya sudah lama beli. Pada hari ini baru berkesempatan membacanya.

Pada saya buku ini sesuai dengan temanya iaitu motivasi penulisan.

Saya lihat Marsli N.O berjaya membuatkan saya tak lesu membacanya. Walaupun begitu, isinya perlu diteliti betul bagi mengenal pasti input-input yang berguna.

Saya gunakan highlighter bagi menandakan isi-isi yang disampaikan. Pengarang menggunakan teknik naratif dalam menyampaikan maklumat yang ada.

Buku ini fokus kepada dua genre penulisan utama iaitu cerpen dan puisi. Bagi saya yang telah membacanya, terdapat beberapa bab yang khas difokuskan untuk puisi sahaja.

Pengarang nampaknya lebih tertumpu kepada puisi.

Ini saya tak nafikan kerana untuk menjadi seorang penulis cerpen yang baik, menulis puisi juga salah satu elemen yang penting perlu ada bagi penulis itu. Jika tak, bahasa yang ingin disampaikan akan dibaca hambar. Kurang enak kata orang.

Saya amat sarankan bagi sesiapa yang ingin menulis puisi dan cerpen khususnya membaca buku ini.

Bahasa yang digunakan mudah difahami dan teknik penceritaan naratif mampu membuatkan kita terpukau.

Walaupun isinya tidak banyak, tetapi bagi saya ia mampu membuatkan kita berfikir sejenak tentang ilmu. Tentang puisi. Tentang cerpen. Dan tentang memandaikan bangsa kita dengan menulis.


0 comments:

Catat Ulasan