Isnin, 8 Julai 2013

Amarah Malu

Dia melihat keadaan seklilingnya. Lengang. Semua pelajar sudah pulang. Tinggal hanya dia seorang di bilik darjah ini.

Arif lebih selesa membuat kerja seorang diri. Dia tak suka membuat kerja berkumpulan. Selalu sahaja ada yang tidak kena dia dengan orang lain. Selalu sahaja mereka berdebat.

Arif tidak suka akan hal itu. Jadi lebih elok dia mengulangkaji pelajaran seorang diri. Dia rasa tenang dengan begitu.

Cikgu Sarah melepasi kelas 5 Kreatif. Terhenti dia tatkala melihat masih ada pelajar lagi yang belum pulang.

Tuk tuk tuk. Bunyi ketukan pintu kelas.

"Eh cikgu. Silakan masuk."

"Kenapa kamu seorang diri, Arif? Bukankah semua kawan kamu sudah pulang?"

"Saya masih ingin menyiapkan beberapa kerja rumah sebelum pulang. Lagipun di rumah nanti saya takut tak sempat saya menyiapkannya nanti," kata Arif. Tangannya ralit menulis beberapa formula mengisi ruang kosong di buku sekolahnya itu.

"Baiklah. Nanti apabila kamu hendak pulang, pastikan semua elektrik dimatikan. Juga tutup bilik ini ya." Cikgu Sarah bangun dan membiarkan Arif keseorang di bilik.

Dia sudah masak dengan perangai Arif. Sahaja ditanya soalan yang pasti jawapannya tetap sama seperti 2-3 bulan lepas.

Arif ini orangnya pandai tetapi selalu sahaja disalah ertikan oleh rakannya sebagai sombong. Ini dek kerana sikapnya yang suka membetah setiap kesalahan rakannya itu. Jadi sering berlaku pertengkaran mulut antara mereka.

Jika Arif digandingkan dengan pelajar perempuan, dia diam seribu diam. Tidak ada sepatah perkataan pun keluar jika membuat kerja berkumpulan bersama perempuan.

Apabila ditanya, katanya malu.

Cikgu Sarah hanya menggelengkan kepala sahaja. Kepintaran Arif juga ada kelemahannya.

Walaupun baru sahaja dipindah masuk ke sekolah ini, Arif melihatkan prestasi akademik yang memberansangkan. Setiap kali ujian diadakan, markahnya sentiasa sahaja mencatat lebih daripada 80 markah.

CIkgu kelas mana tidak bangga mempunyai murid sebegitu?

Tetapi itulah. Sikap Arif perlu diubah agar dia lebih menjadi mesra sosial. Mungkin sikap introvertnya itu membuatkan dirinya terasa terasing oleh dunia sosial rakan-rakan biasanya.

"Aku hanya ingin menegakkan kebenaran. Salahkah aku berbincang? Mereka itu yang tidak pandai berbincang. Hanya tahu berkata-kata kosong sahaja. Itu ini. Entah betul atau tidak," getus Arif seorang diri.

Secara psikologinya Arif boleh dikategorikan sebagai introvert. Orang yang susah bergaul dengan orang lain. Dia lebih suka bersendirian tanpa rasa bersalah.

"Apa yang penting, prestasi aku meningkat," kata Arif sendirian lagi.

0 comments:

Catat Ulasan