Asri terus melompat tebing yang jauh itu. Sungguh jauh dia melompat. Beberapa gemini yang mengejarnya terhenti. Hampir sahaja mereka ingin terjatuh ke dalam gaung yang luas itu.
Huh, nasib baik, getus Asri. Dia termengah-mengah menahan nafas setelah penat berlari. Lompatannya berjaya.
Gemini di seberang mula mendengus. Mengamuk kerana tidak dapat menangkapnya.
Cepat cepat Asri meneruskan perjalanannya. Dia perlu menghantar geliga ular ini kepada Puteri Bulan. Misi perlu diteruskan.
Sebagai salah seorang daripada 7 satira Istana Planet, dia...